Setelah beberapa tahun berjaya mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baru melalui program Reality gergasi seperti Amarican Idol dan X-Factor , Simon Cowell bakal tampil dengan program pencarian iaitu "The You Generation."
Program ini berbeza dengan program Amarican Idol dan X Factor apabila beliau bekerjasama dengan laman sosial Youtube dan menjalankan pencarian melalui dalam talian di seluruh dunia.
"Misi kami adalah untuk mencari bintang baru dunia Youtube dan menampilkan bakat tersebut melalui The You Generation," ujar Simon.
Dia yakin saluran internet mampu melahirkan selebriti baru merentasi seluruh dunia. Kejayaan Artis kelahiran Youtube seperti Justin Biber, Susan Boyle, Dondria, dan Alex Day memperkuatkan bahawa Youtube menjadi platform yang plaing baik.
Program ini dilancarkan di 26 buah negara bermula 20 Mac lalu dan berlangsung selama 52 minggu. Setiap peserta akan dinilai oleh juri-juri yang berpengalaman dalam bidang muzik. Finalis akan dipilih setiap dua minggu dan pemenang akan diumumkan pada setiap jumaat minggu kedua.
untuk lebih lanjut sila click website Simon Cowell di sini - http://www.simoncowellonline.com/
Sumber : Daily Ekspress
Admin @rjuna Wakid.