KDM Idol Bakal Cetus fenomena !!


Menghampiri penghujung siri jelajah ujibakat KDM Malaysia Idol, lebih banyak kejutan disaksikan apabila nama-nama besar dalam arena hiburan KDM dilihat mula menyahut cabaran program realiti anjuran Pertubuhan KDM Malaysia yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM235,000.

Ujibakat kesembilan di Penampang Sabtu lalu meyaksikan 73 nama berada dalam senarai Top 50 dan antara mereka ialah beberapa penyanyi yang sudah lama menyumbang kepada perkembangan arena hiburan tempatan.

Ketua juri, Asmin Mudin, gembira kerana rata-rata peserta uji bakat di penampang mengambil kira komennya minggu lalu lepas mengenai keperluan untuk memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu meningkatkan nilai persembahan, penguasaan pentas serta penampilan.

Menurut Betsy Michael, seorang lagi juri pertandingan itu seperti yang diramalkan, uji bakat di penampang menyaksikan kemunculan beberapa penyanyi tempatan yang bersaing sengit dengan peserta lain. Kami terharu dan "tabik" kepada rakan-rakan artis yang turut serta dalam pencarian ini. Semangat inilah yang kita cari sebenarnya kerana berbalik kepada objektif pertandingan ini, ia adalah untuk mencari ikon KDM dalam memartabatkan karya tempatan," katanya.

Mummy Yusuf adalah juri yang jarang memberikan pujian kepada peserta, mungkin kerana dia menetapkan piawaian yang tinggi sesuai dengan prestij pertandingan ini. Bagaimanapun, dia bersetuju, ramai peserta berbakat muncul dalam pencarian di penampang sekaligus menjadikan saingan semakin sengit untuk menempatkan diri dalam kelompok 50 peserta terbaik."Inilah sebenarnya yang saya ingin lihat, saya mahu peserta yang dapat menghargai prestij pertandingan ini," katanya. "Ramai peserta yang mengejar ujibakat di penampang dan mempamerkan persembahan yang jauh lebih berkualiti berbanding dengan apa yang mereka pernah tunjukkan di tempat lain.Tahniah."

untuk lebih lanjut mengenai pertandingan KDM IDOL, anda boleh melayari laman web mereka di - www.kdmmalaysia.org/ 
Kihooiii...
Admin @rjuna Wakid.
Sumber : Daily Ekspress  
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks

BE OUR PARTNER | cariseni.blogspot.com

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website

CARISENI | TWITTER | FOLLOW US

| CARISENI SITE TRAFFIC |

Flag Counter

VISITOR LOAD COUNTER | C.SENI

Write for us in alexa

Review www.cariseni.com on alexa.com
 

Malaysian Growing Arts Directory : Copyright © 2013 by cariseni.blogspot.com Another Product By cariseni.blogspot.com : With our extremely strongest supporter Asian Magezine

| CariSeni Rules | About Us | FAQ | Disclaimer | Download |