Tinjau-tinjau ujibakat Akademi Fantasia 2013 di Sabah


Peserta yang berjaya lepas semua Stage di Sesi ujibakat AF 2013 Sabah. Tahniah!!(click to enlarge image)

Kota Kinabalu: Salam sejahtera kepada pembaca cariseni.com. Pada 23 June yang lalu, salah seorang admin cariseni telah melawat sesi ujibakat Akademi Fantasia 2013 di Hotel Promenade, Kota Kinabalu .(padahal dia pun join audition juga) . Sekarang ni admin nak menceritakan sedikit bagaimana suasana di lokasi ujibakat tersebut dijalankan.



Seawal jam 9.30 pagi, admin ke Center Point untuk print gambar (untuk kegunaan di sesi pendaftaran AF 2013 nanti). Sementara menunggu, admin dapat melihat ramai orang yang membawa borang ujibakat dan turut sama mencuci gambar di tempat yang sama. Kira-kira jam 10.30am, admin ke Promenade Hotel untuk mendaftar. Beratur di barisan panjang memang tradisi mana-mana ujibakat. Selepas mendaftar, admin diberikan nombor Giliran, dan nombor yang admin dapat adalah 4853. Sementara menunggu debaran untuk stage pertama, admin sempat berjumpa dan berbual dengan rakan artis yang sudah melepasi stage 1.

daripada mulut mereka, admin merasakan halangan untuk stage 1 agak sukar. Stage 1, seramai 30 orang daripada semua peserta yang baru mendaftar akan masuk ke dalam stage 1 dan masing-masing dibenarkan untuk menyanyikan satu buah lagu, dan dinasihatkan untuk menyediakan beberapa buah lagu lagi sebagai backup. Peserta dikehendaki untuk memperkenalkan diri sebelum menyanyikan lagu secara accapella, Jika juri mengatakan 'Tahniah', bermakna peserta terpilih untuk meneruskan ke peringkat terakhir iaitu stage 2.Jika juri mengatakan 'Terima Kasih' bermakna, peserta gagal untuk mara ke Stage 2. setelah menanti hampir 2 jam, admin memulakan perjuangan dengan memasuki stage pertama. 30 orang masuk dan Juri-juri stage 1 memberikan taklimat ringkas bagaiman sesi ujibakat akan dijalankan. Nak tahu rasa dia, menggeletar    giler haha, walaupun ini kali ke-3 admin menyertai sesi ujibakat, masih menggeletar lagi.Namun begitu, admin berjaya lepas stage 1 dan mara ke stage 2.

Menunggu lebih kurang 2 jam lagi untuk tiba giliran ke stage 2. ini kerana, stage 2 hanya seorang peserta yang masuk untuk setiap sesi, kecuali peserta duo, mereka kena masuk bersama lah.Sebaik saja menjejak kaki di stage dua, admin menggeletar habis, haha. Suara merdu yang dilatih selama ini semacam tak mau keluar, dengan itu, tamatlah perjalanan admin di stage dua h0h0. Daripada tinjauan admin, ramai rakan-rakan artis daripada program reality sebelum ini menyertai ujibakat. So untuk tips kepada mereka yang bakal menghadirkan diri ke ujibakat di Shah Alam esok, Silalah mempersiapkan diri dengan tidur yang cukup, sediakan lagu yang anda hafal dan sesuai dengan anda dalam 10 buah, dan, berlainan genre, berpakain kemas, dan yang paling penting anda kena kawal nervous anda, jika tidak, suara sesedap mana pun akan kecundang macam admin miahaha :p , good luck dan all the best.

P/S:

ujibakat di Sabah: lebih daripada 1,200 penyertaan.

Stage 1 = Nyanyi acapella tanpa mikrofon.
Stage 2 = Nyanyi acapella dengan Mikrofon
Stage 3 = Sesi Temuduga dan isi2 borang h0h0

Sila bawa:
Borang ujibakat yang diisi lengkap
1 Keping Gambar bersaiz 4R (muka hingga paras pinggang)
Salinan kad pengenalan

Semasa Sesi Ujibakat:
Dilarang mengambil gambar, dilarang mengambil rakaman dalam bentuk video atau audio
dan Sila Silentkan HP anda.
Ambil serius, umpama temuduga untuk jawatan dalam kerajaan, kalau anda bercita-cita untuk lepas Stage dua.

GOOD LUCK N ALL The BEST!!!

Admin Wakid.
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks

BE OUR PARTNER | cariseni.blogspot.com

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website

CARISENI | TWITTER | FOLLOW US

| CARISENI SITE TRAFFIC |

Flag Counter

VISITOR LOAD COUNTER | C.SENI

Write for us in alexa

Review www.cariseni.com on alexa.com
 

Malaysian Growing Arts Directory : Copyright © 2013 by cariseni.blogspot.com Another Product By cariseni.blogspot.com : With our extremely strongest supporter Asian Magezine

| CariSeni Rules | About Us | FAQ | Disclaimer | Download |