KUALA LUMPUR, 23 MEI 2013: Rancangan realiti TV paling
popular di negara ini, Akademi Fantasia akan kembali semua menemui
penonton dengan penjenamaan semula serba baru yang tidak pernah
disaksikan sebelum ini.
Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) kembali menemui penonton selepas
sembilan musim yang penuh gemilang bermula dengan musim pertama pada
tahun 2003. Bakal menyaksikan kebangkitan bintang sebenar, AF 2013 akan
memulakan penjelajahan di lima buah negeri seluruh Malaysia iaitu Johor,
Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Selangor sepanjang bulan Jun ini untuk
sesi uji bakat bagi mengenal pasti calon-calon terbaik yang dilihat
layak untuk diketengahkan dan diberi bimbingan untuk AF 2013.
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar
Salleh berkata, "Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2003 sehinggalah
berakhirnya tirai AF di musim yang kesembilan, kami melihat jenama AF
ini sebagai satu platform dominan yang membekalkan pelapis-pelapis seni
tanah air kepada industri.
Ianya terbukti masih relevan apabila ramai bintang-bintang Akademi
Fantasia seperti Hafiz, Stacy, Hazama, Akim, Aril, Aizat dan ramai lagi
berjaya bertapak dan mencipta nama di dalam setiap cabang seni yang
diceburi seperti bidang nyanyian, lakonan mahupun pengacaraan.
Melihat kepada kejayaan demi kejayaan yang diukir oleh bintang-bintang
ini, kami percaya AF perlu terus wujud di dalam lanskap hiburan tanah
air," jelas Khairul.
"Setelah lebih setahun rancangan ini tidak bersiaran, pihak Astro telah
merangka strategi dan format efektif bagi menambah baik program ini
yang pastinya menjanjikan kepuasan maksima bagi memenuhi tuntutan
penonton yang dahagakan program hiburan yang berkualiti. Menyaksikan
perkembangan arus teknologi dan media baru, pihak kami juga pastinya
tidak ketinggalan untuk meneroka dan menggunakan kapasiti media baru
atau social media untuk sebarang komunikasi dan interaksi kelak.
Kami berjanji untuk memberikan sepenuh komitmen kami bagi menghasilkan
sebuah lagi musim yang pastinya membawakan kebangkitan bintang sebenar
menerusi AF 2013. Kami juga yakin dengan pembaharuan yang diperkenalkan
ini akan mengembalikan semula zaman kegemilangan program yang menjadi
aset kami ini," ujar Khairul.
Menariknya, beberapa pembaharuan telah diperkenalkan bagi memantapkan
lagi mutu pengisian program agar terus segar serta menepati kehendak
para penonton yang dahagakan program-program berkualiti. Untuk musim
terbaru ini, calon peserta juga boleh memilih untuk sama ada menyertai
program ini secara solo ataupun dengan pasangan duet.
Selain itu, calon peserta juga masih boleh memilih untuk menghantarkan
klip video penyertaan secara online di laman sesawang rasmi.
Program Akademi Fantasi 2013 ini dijadualkan untuk mula bersiaran di saluran rasmi Astro Ria (104) pada bulan September kelak.
Bagi anda yang mempunyai bakat terpendam serta mempunyai keinginan
untuk mencipta di persada seni hiburan, anda boleh hadir di ujibakat
tersebut :
NO.
|
NEGERI
|
TEMPAT
|
TARIKH
|
1.
|
Johor
|
Hotel The Zon, Johor Bahru
|
1 & 2 Jun 2013
|
2.
|
Pulau Pinang
|
Hotel Vistana, Pulau Pinang
|
8 & 9 Jun 2013
|
3.
|
Sarawak
|
Hotel Merdeka Palace, Kuching
|
15 & 16 Jun 2013
|
4.
|
Sabah
|
Hotel Promenade, Kota Kinabalu
|
22 & 23 Jun 2013
|
5.
|
Selangor
|
Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam
|
29 & 30 Jun 2013
|
INFO PENTING
Nota
-
Kaunter pendaftaran dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang
-
Calon digalakkan datang awal untuk mengelakkan sebarang kesesakan
-
Calon bebas untuk menyanyikan sebarang genre lagu secara acapella
Syarat Ujibakat:
-
Peserta lelaki dan wanita
-
Peserta individu ataupun duo
-
Berumur 18 - 35 tahun (pada tarikh ujibakat diadakan)
-
Warganegara Malaysia dan Singapura termasuk artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan
Sila bawa:
-
Salinan kad pengenalan bagi warganegara Malaysia ataupun salinan passport bagi warga Singapura
-
2 keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang)
Sumber : www.murai.com.my