Semasa sebutan kes mereka di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam, peguam Noniswara, Datuk Amli Embong memberitahu mahkamah, pihaknya masih belum berjaya menyerahkan surat saman kepada suaminya, Rosman Ridzuan, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.
Noniswara memaklumkan mahkamah, suaminya itu memintanya memfailkan permohonan cerai, bersetuju dengan segala proses itu dan bersedia bekerjasama sekiranya Noniswara mahu meneruskan niat untuk bercerai.
Ikatan perkahwinan Noniswara bersama ahli perniagaan, Datuk Rosman Ridzuan, 54, sejak empat tahun lalu berantakan dan tidak dapat diselamatkan apabila Noniswara mengambil tindakan memfailkan permohonan cerai bulan lalu.
Hakim Syarie, Muhammad Jimmy Muhammad Azlin menangguhkan kes itu ke 18 April ini bagi disebut semula.
Sumber : Media Hiburan Karangkraf
Editor : Admin @rjuna Wakid