baru-baru ini Hans Isaac mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sanggup menunggu Neelofa selama tiga tahun --- Apa yang ditunggu, khawin? admin tertanya-tanya.
Melalui kenyataan balas terhadap statement Hans Isaac, Neelofa
mengatakan beliau terharu dengan kesanggupan lelaki itu dan faham akan faktor umur, status serta keadaan Hans Isaac yang fikirkan masa depan.
“Kami banyak berbincang untuk ke arah yang lebih serius, cuma masih belum buat sebarang keputusan --- perbincangan itu bukan atas faktor usianya. Biarlah ada masa yang sesuai kerana kami mahukan perkara ini berkekalan,” ujar Neelofa kepada Media Hiburan.
“Ada juga dia perkatakan hal ini, tapi dia tidak mendesak. Dia sangat memahami. Insya Allah, ada masa sesuai perbincangan akan diteruskan”
Nampaknya perkembangan hubungan Neelofa bersama Hans Isaac semakin positif dan mungkin satu hari nanti peminat dapat berita kejutan yang mereka dua akan berkahwin. Hehe.
Admin @rjuna Wakid,
Sumber : Media Hiburan




