Bintang filem antarabangsa kelahiran Malaysia iaitu Datuk seri Michelle Yeoh berkata, beliau mahu terus bergerak aktif di dalam industri hiburan kerana minatnya dalam bidang itu sangat mendalam. Beliau secara berjenaka berkata, dengan pelbagai kejayaan yang dicapainya dalam industri hiburan, bukan merupakan petanda untuk beliau menarik diri atau bersara.
Yeoh dilahirkan pada 6 Ogos di Ipoh. Beliau mula terkenal apabila melakukan aksi ngeri sendiri dalam filem-filem aksi Hong Kong pada awal 1990-an.
Beliau terus menempa nama di peringkat antarabangsa menerusi filem James Bond pertajuk "Tomorrow Never Dies".
Beliau terus mendapat penghormatan apabila dipilih memegang watak pemimpin pendemokrasi Burma, "Aung San Suu Kyi" dalam Filem "The Lady".
Mengenai filem terbarunya, Yeoh berkata ia diarahkan pengarah kelahiran Korea-Amerika, Gina Kim, yang kini pada peringkat postproduksi yang beliau harap dapat ditayangkan musim panas ini.
Beliau juga berkata, beliau mungkin akan melancarkan program pencarian bakat baru bagi mencari bintang Asia.
"Kami dalam proses merancangnya, apabila kami bersedia, kami akan mengumumkannya," katanya - Bernama
Sumber - Bernama (Sabah Times News paper)