Cariseni melancarkan program undian carta lagu indie Paling Hot dan kami mempelawa artist-artist, composer-composer, indie untuk menampilkan karya anda di sini dan melalui proses undian sekaligus memberikan publisiti kepada anda. Diharapkan program ini dapat menyebarkan karya dan nama anda serta menyuntik semangat anda untuk terus berjuang dalam arena seni tempatan. Cariseni akan mengumumkan lagu yang bertahan di 'CARTA LAGU INDIE PALING HOT' pada setiap pertengahan atau penghujung bulan.
Cariseni hanya akan memilih 10 lagu yang terbaik dan mendapat undian tertinggi untuk dimasukkan dalam sistem vote setiap bulan.Lagu baru yang mempunyai undian terendah akan berisiko tersingkir dan digantikan dengan lagu baru teratas yang masuk dalam carta baru setiap bulan.
Program ini adalah eksperimental program di cariseni dan kami berhak menamatkan program ini apabila kami mempunyai keperluan untuk berbuat demikian. Juara Carta setiap bulan berkemungkinan ditemuramah melalu facebook atau email dimana hasil temuramah itu akan kami paparkan di laman cariseni sebagai salah satu bentuk publisiti untuk membantu peserta indie tersebut meningkatkan kecenderungan dan semangat beliau bergelar seniman.
Pihak cariseni tidak menjanjikan sebarang hadiah kepada peserta dan buat masa ini kami melakukan ini sebagai publisiti kepada mereka. Walaubagaimanapun kami akan sentiasa berikhtiar untuk membantu anda dan jika ada yang berminat untuk menjadi sponsor kepada program kami ini di masa-masa akan datang, kami akan mengaturkan sesuatu untuk anda, untuk menyuntik semangat anda di arena independent yang kami sedia maklum cabarannya bukan kepalang.
So, jangan tunggu lagi, sila hantarkan penyertaan anda dengan meng-inbox Url lagu anda (youtube atau soundcloud) , Nama Penyanyi dan pencipta lagu (solo atau band) , serta tajuk lagu anda. (bahasa - bebas) di laman facebook CARISENI - KLIK SINI