
Setiap penyanyi lahir dengan pembelajaran yang matang tentang nada-nada. Mereka telah terlatih mengenal Muzik sampai pendengaran mereka sensetif terhadap nada-nada. Anda juga boleh melakukan hal yang sama. Dengar lagu
kegemaran anda berulang-ulang dan cuba untuk menghafal serta menjiwai nada-nada tersebut, otak dan pendengaran anda akan menjadi semakin terlatih untuk mengenal nada-nada.
LANGKAH PERTAMA BELAJAR MENYANYI
ya! Menyanyilah, pilih salah satu lagu kegemaran anda dan mula bernyanyi, anda tidak perlu khuatir jika anda menyanyikan nada false dan sebagainya. Rakamkan suara anda ketika menyanyi dan cuba dengar kembali serta bandingkan dengan nyanyian asal, dengarkan, adakah perbezaan?Mungkin ada, so jika anda sudah dapat menangkap perbezaannya, jika tidak terlalu jauh, maka anda memang mempunyai bakat untuk menjadi penyanyi :) jika anda mendapati banyak perbezaan, tiada masalah, anda dengar dan berlatih menguasai nada lagu itu berulang-ulang sampai anda dapat menghafal nada tersebut.
Dengan mendengar serta berlatih lagu itu berulang-ulang, secara tidak langsung anda semakin belajar masalah Pitching, Phrasing serta articulation .
Tetapi, menyanyi juga harus mempunya seorang "guru" dimana beliau dapat membantu anda bukan hanya menyanyi tapi dapat mengajarkan anda disiplin menyanyi iaitu cara pernafasan, cara penjagaan pita suara agar sentiasa dalam keadaan stabil dan sebagainya. Guru itu juga seharusnya seseorang yang sudah mempunyai jam terbang yang banyak membuat persembahan di khalayak umum atau seorang guru muzik dan vocal kerana saat menyanyi, seseorang itu perlu tahu teknik mengolah vocal yang baik agar suara kedengaran penuh atau berisi.
POSISI BADAN DAN PERNAFASAN
Latihan selanjutnya adalah berkaitan dengan dua subjek ini. Dua perkara ini anda haru pelajari sendiri bukan hanya melalui medium suara sahaja. Posisi badan yang baik membantu memaksimumkan produksi suara anda sementara pernafasan membantu anda untuk mengawal nada-nada tertentu dan melatih tempo vokal anda. Posisi badan yang betul ketika bernyanyi adalah tegak, lurus. Tidak perlu memaksa badan untuk sangat lurus, yang sewajarnya sahaja.Posisi badan yang terlalu tegak malah mengurangkan kebebasan anda untuk menyanyi.Tujuan posture badan ini adalah untuk membulatkan produksi vocal anda. Anda boleh mula mencuba berlatih dengan posisi badan berbaring terlentang, Posisi ini juga membantu pengeluaran nada vocal anda dengan maksimum.Kalau sudah lancar, anda boleh mula berlatih dengan posisi badan tegak / lurus.
Pernafasan juga adalah perkara yang mutlak haru dikuasai oleh penyanyi, ini bertujuan untuk menjaga tempo dan menahan nada supaya nyanyian anda konsisten. Latihannya cukup untuk mengambil, menahan dan mengeluarkan nafas secara perlahan-lahan.
cuba untuk sepuluh saat bagi masing-masing segment. Tingkatkan perlahan-lahan mengikut kemampuan vocal anda. Kalau anda merasa pening atau mual, sebaiknya berhenti , rehat seketika dan ulang cara yang sama.
Dalam teknik vocal, anda akan belajar berbagai-bagai cara mengawal pernafasan agar nyanyian anda sentiasa konsisten walaupun ketika menyanyikan nada tinggi. Suara Falset dan berbagai nada rendah juga memerlukan teknik pernafasan yang baik agar suara yang keluar tetap jelas serta terasa sedap didengar.
OLAHRAGA DAN SENAMAN
Olahraga dan senaman juga penting untuk meningkatkan keupayaan pernafasan seorang penyanyi Dengan berjoging selama 15 minit sehari atau berenang 3 kali dalam seminggu juga mampu untuk menjaga dan meningkatkan kualiti pernafasan anda. Jika and melakukan senaman di dalam rumah atau gym, mintalah seseorang coach olahraga mengajarkan anda cara terbaik bersenam untuk meningkatkan kualiti pernafasan anda.MELATIH VIBRATION
Vibra adalah getaran-getaran lembut yang nanti akan lebih memperlihatkan kualiti suara seorang penyanyi yang baik. Dengan Vibration, seorang penyanyi dapat memberikan sensasi suaranya terhadap siapa saja yang mendengarkannya.
Latihan vibration biasanya dberikan oleh guru-guru vocal namun anda juga boleh melakukannya di rumah iaitu dengan mengerakkan otot-otot perut.Penggerakan otot-otot perut ini pada awalnya akan terasa susah, dengan itu anda perlu mengerakkannya dengan sebuah stick atau sumpit di bahagian perut anda. Mintalah bantuan seorang sahabat yang rapat yang mau meluangkan masanya membantu anda untuk berlatih vibration ini. Vibration yang baik akan muncul sendiri tanpa perlu menggerakan urat pada bahagian leher atau otot di bahagian perut.
Namun perkara yang boleh dilakukan adalah dengan mengerakkan otot secara perlahan-lahan agar ia akan terbiasa dengan getaran-getaran itu sehingga otot - otot itu tidak perlu disentuh untuk mengeluarkan vibration yang baik.
TEKNIK MICKING
Teknik micking kuga sangat penting untuk menentukan kualiti nyanyian anda. Seorang penyanyi yang baik mampu mengunakan mic dengan baik saat menyanyikan nada rendah atau tinggi. Pada saat menyanyi nada rendah, usahakan agar mic berada dekat dengan mulut anda, dan saat menyanyikan nada tinggi, gunakan mic agak jauh dari mulut anda, agar suara anda jangan sampai kedengaran melengking di telinga pendengar.
MELATIH RASA DAN PENJIWAAN LAGU
Seorang penyanyi yang baik tidak hanya dituntut untuk mempunya fizikal (postur,teknik dan pernafasa) dan suara (Tone, Vocal) yang baik, tetapi harus juga memilik penjiwaan yang baik terhadap lagu yang dinyanyikan. Ini boleh dilihat daripada Expresi wajah dan emosi yang dibawakan semasa menyanyikan lagu tersebut. So, Habis belajar? Jom berlatih menyanyi!! :) - CARISENI.COM | Portal carian seni dan hiburan terbesar di Malaysia